Semuanya indah bila ada kamu.

Tooth-less: Jumpa Dentist

Source: Pinterest
Alkisahnya semalam pergi dentist. Gigi sakit sampai tak boleh tidur. Fyi, aku stop minum susu since two years old. Habistu kecik-kecik minum apa? Minum glucose. Ye yang ada perisa tu. Grape orange and original tu. Tu je weh. Sebab bila bagi susu takmau; muntah. Soooo this leads to lack of calsium dalam badan. Gigi gigi pun rapuh and dia start patah sikit-sikit (Satu gigi tu dia patah sikit je bukan mula mula satu gigi lepastu gigi kedua ketiga patah macamtu). 

Nasihat aku kalau nak pi cabut gigi sila cari dentist lelaki.

Bukan nak cakap dentist perempuan tak bagus tapi sebab lelaki kan kuat daripada perempuan; so bila dia nak tarik cabut gigi tu keluar kejap je (sebab dia kuat). I got a very bad experience with this one female dentist in Kuantan. Masa ni tengah intern kat KOTASAS. I dont really remember la the clinic's name sebab this happened in few years back. Dah la dia bubuh bius ciput jee. Lepastu terus tarik. Tuhan je tahu aku rasa nak sepak sepak je dentist tu masa tu hahahahaha.

Lepastu aku siap mintak dia cucuk bius lagi. Bayang kan lah patient yang request inject. Aku takut needle tapi aku lagi rela kot kena cucuk daripada sakit gila time dia cabut. Bila ubat bius dah nak habis kesan dia, still tak tercabut cabut weh T_T Dah jenuh dia tarik. Lepastu dah settle semua tu pergi lah bayor. Guess what, kena RM350. Burn allowance intern sebulan. Burn baby burn 

Kisah semalam jauh beza dengan kisah few years back ni. Few years back is total hell, semalam is total heaven.

Kan tengah cuti sem. So aku pergi jumpa dentist dekat wakaf che yeh. Dalam 10 minit dari rumah. Dentist lelaki. Masuk je bilik doctor tu aku nampak dia ambik empat tube ubat bius. Nampak beza kan? Dentist kuantan tu kasi aku ciput je weh. Dia cucuk tu tak habis pun satu tube masa tu. K sambung, then doctor tu blah kejap dalam lima minit nak kasi ubat bius tu 'jalan-jalan' jap haha. Dia datang balik untuk cabut gigi. Masa tu dia ketuk2 gigi aku tak rasa sakit dah then dia cabut. Tak sampai seminit settle cabut. Lepastu settle pi bayar. Teka berapa aku kena? RM50 SAHAJA. Beza 300 weh padahal position gigi sama je cuma yang kat kuantan tu belah kiri yang ni belah kanan.

Sebenarnya serius tak sakit pun cabut gigi. Lagi seksa tahan sakit gigi tu weh daripada masa cabut. Masa bius tu rasa macam gigit semut je. Lepastu masa dia cabut gigi tu tak rasa apa pun. So, jangan ler takut eh nak pergi jumpa dentist. Bagi aku okay je mana-mana tapi kalau nak selamat pi jumpa dentist lelaki. Kejap je dia cabut. Ada je dentist perempuan yang okay, but aku tak pernah lagi jumpa huhu. Tu je nak rant harini.

Note: Penggunaan 'aku' untuk menyedapkan nak bercerita. Sorry kepada pembaca yang lebih berusia. Loveyou^^ Take care xoxo ✨

12 comments:

  1. Wau dasyatnya kena cabut dibius tak tertanggal gigi. Dentist sy tuhari siap tanya sbelum dia cabut rasa sakit ke tak. Spatutnya tak rasa sakit, kalau sakit tu adalah tu yg tak betul. Dulu kes roots infected tu yg sampai di bedah gigi terpaksa bius dalam gigi. Sakitnya ya Allah berlinang air mata.

    Nice story btw. and yeah mgkin sokong juga tenaga lelaki lebih kuat dari wanita sbb tak pernah lg dpt dentist prmpuan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab akar kuat sangat kot itu yang tak ter cabut cabut tu. Tang berlinangan air mata tu faham sangat. Ifeelyou :')

      Delete
  2. Cepat betul ubat bius tu hilang. Akak pernah sekali cabut tapi geraham la.kebas sebelah muka.berejam nk tunggu kesan habis. Kebulur rasa. Sudahnya makan juga. Akibatnya, luka pipi sbb terkunyah sekali 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat sebab dia bubuh sikit je kak. Kedekut betul kak. Hahahahaha. Sebelum cabut gigi tu patutnya akak makan dulu banyak2 kak, baru pi cabut gigi.

      Delete
  3. pernah 2 kali cabut gigi masa kanak2 ribena dulu. eh gila ke apa doktor tu lepas bius terus nak cabut. biasa kena duk kat luar tggu bibir rasa tebal dulu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn. Memang trauma tak agak la lepastu kak hahahaha

      Delete
  4. Hahahahahah kelakar la cerita ni. Comel je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha kelakor kak. Tqsm for taking time to visit my blog and drop a comment :*

      Delete
  5. Siqah paling seram kalau nak kena jumpa dentist. Biar doc takpe lagi. Hihi. Pernah cabut gigi tapi Ayah yang cabutkan. Haha. Sakit tapi kejap je. Dan setuju jugak part kalau dentist lelaki lagi kuat nak cabut gigi kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn. Kalau dentist lelaki takpe. Hahahahahaha

      Delete
  6. I thought because of the dentist handsome kahkahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde lahh jaa. Dentist tu dah nampak cam ayah ayah kita je :)

      Delete